? ??????????????Happy Halloween? ????? ?? ???Rating: 3.7 (188 Ratings)??7 Grabs Today. 37526 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Harley Fan? ????? ?? ???Rating: 4.3 (36 Ratings)??4 Grabs Today. 6681 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????E BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Apabila gagal mengawal emosi...

Apabila gagal mengawal emosi...
AMARAN...jangan tiru aksi ini

Sunday, September 6, 2009

KESAN MARAH KEPADA HIDUP


Keadaan orang yang marah

•Percakapan tidak jelas

Orang yang tidak dapat mengawal kemarahan, ada kala gagal mengawal emosi. Lantaran itu percakapan mereka juga menjadi tidak jelas.


•Urat-urat leher tegang

Orang yang marah, fizikalnya bertambah ganas. Selembut-lembut wanita bisa berubah menjadi sebengis singa. Dari selemah-lemah hamba, mahu sahaja dihayun pedang laksana panglima perang. Apabila marah, segalanya mungkin!


•Pergerakan menjadi kelam kabut

Orang yang marah pasti menjadi kelam kabut. Pergerakan mereka serba tidak kena. Segala apa yang dilakukan tidak menjadi. Bertambahlah kemarahan mereka.


•Mengeluarkan kata-kata keji,megutuk, menghina

Akibat terlalu marah, apa yang dipandang nampak buruk belaka. Maka, terhamburlah kata-kata kesat yang tidak enak didengar. Ada kala ranya cukup pahit ditlan. Sesekali pula rasanya masam mencuka. Manakan tidak, penghinaan , kata-kata keji lagi kesat yang terlempar oleh orang yang marah juga akan membuatkan kita marah. Hasilnya semua marah!

•Menghina agama

Orang yang sedang marah tidak dapat berfikir dengan waras. Oleh hal yang demikian, mereka tidak berfikir terlebih dahulu terhadap apa yang diperkatan. Mereka akan bercakap mengikut naluri dan nafsu bukannya akal. Akibat terlalu marah, sebilangan daripada golongan yang tidak dapat mengawal kemarahan ii sanggup menghina agama. Menghina hukum Allah. Hatta, lebih teruk lagi mengisyhtiharkan diri mereka murtad.Nauzubillah.


•Melakukan sesuatu di luar dugaan

Seuatu diluar dugaan, orang yang sedang marah sanggup melakukan apa sahaja. Apa yang pasti, mereka ingin mendapat kepuasan. Nafsu yang menguasai diri, ditambah pula dengan bisikan syaitan. yang halus tertiup langsung ke lubuk kalbu, menyebabkan manusia gagal berfikir secara waras. Kegagalan emosi bertindak berlandaskan norma kehidupan mengahil tindakan seperti mencederakan orang lain, serangan mental, malah lebih kejam lagi membunuh.





Kesan kepada masyarakat

•Wujud has
ad dengki kepada orang lain
Perasaan marah yang berterusan menyebabkan timbul satu sifat negatif yang tidak seharusnya berlaku. Malah sifat ini sememangnya dicela dalam Islam sendiri.Bayangkan, akibat perasaan marah yang berterusan, membuahkan satu sifat hasad dengki serta iri hati terhadap seseorang. Jika dengki terhadap sesuatu perkara yang membawa kejayaan, mungkin dapat dipertimbangkan kerana akan wujud satu persaingan yang sihat. Akan tetapi, perasaan dengki yang telah dibancuh dengan sebati nafsu amarah, akan menghasilkan sari pati kehidupan yang tidak harmoni.


•Menyakiti dan membenci orang lain

Sesuatu yang pasti, ada sahaja yang tidak kena antara dua pihak yang bermusuh. Tingkah laku yang diperhatikan pasti sahaja penuh dengan perasaan marah yang melonjak-lonjak. Terus syaitan dengan pantas menyelinap dalam pembuluh darah, berusaha menugal benih -benih kebencian. Pasti tumbuh pepohon permusuhan sekaligus membuahkan hasil sakit hati yang berterusan. Tuainnya, pergaduhan. Inilah kesan marah.


•Mencetus permusuhan dan kebencian dalam kalangan masyarakat

Pergaduhan yang berterusan adalah kesan perasaan marah yang berpanjangan, langsung tidak dibendung, mahupun dipadam. Nyalaan api kemarahan yang meninggi obornya langsung tidak akan padam. Hal ini kerana, bara yang membakar teru merah dan membahang. Permusuhan yang terus menyala itu pasti lebih marak apabila ada pemangkin minyak tanah, yang disimbah oleh insan yang mengadu domba.








Dari mana datangnya marah?


Perasaan marah dan bisikan syaitan



Marah merupakan bisikan syaitan. Ditambah pula dengan gelojak hawa nafsu. Syaitan menjadi pemangkin perasaan marah.
Sabda Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya kemarahan itu dari syaitan dan syaitan itu dicipta dari api, dan api itu hanya boleh dipadamkan dengan air. Maka, apabila seseorang di antara kamu marah, hendaklah dia berwuduk." (HR Abu Daud)





Fitrah manusia apabila disakiti



Sememangnya fitrah manusia, akan ada reaksi apabila disakiti. Sama ada yang disakiti itu merupakan anggota fizikal ataupun mental, pastil wujud reaksi yang akan bertindak balas. Jadi perasaan marah ini merupakan tindak balas apabila perasaan seseorang itu disakiti.







Cemburu


Cemburu juga menjadi punca kepada marah. Apabila sesorang itu tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, maka lekas ia membencinya. Apabila wujud peraan benci, dari situ wujud kemarahan.





Sebab-sebab yang menimbulkan kemarahan

• sifat megah diri
• membanggakan diri
• suka bersenda gurau
• membuang masa bermain-main
• mengejek, memalukan orang
• suka bermusuhan
•menyalahi janji
• dan tamak.
Semua sifat yang tersebut di atas adalah budi pekerti yang tercela pada agama, yang mana seseorang itu tidak akan terlepas dari mempunyai sifat marah apabila dia mempunyai sifat-sifat yang tersebut. Jadi untuk menghilangkan sebab-sebab yang menimbulkan sifat marah itu tadi, perlulah seseorang itu bersifat dengan sifat-sifat yang menjadi lawannya

DEFINISI MARAH


Semua orang pasti marah. Naluri insani yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, adakah kita mengerti definisi sebebar marah? Mengikut Kamus Dewan Edisi Ke-3 berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka.
Pastinya definisi yang telah dinyatakan menggambarkan erti sebenar kemarahan.

Saturday, August 29, 2009

Sekilas pandang... MARAH!!!

Sesiapa sahaja dalam dunia pasti punyai perasaan marah. Ada yang memandang marah sebagai sesuatu yang negatif. Malah ada yang sebaliknya. Semua orang akan marah. Marah kepada sesuatu yang tidak baik. Marah kepada sesuatu yang dibenci, hatta ada yang marah kepada sesuatu kebaikan. Setiap individu mempunyai hak untuk marah. Namun begitu marah ini perlu dikawal dan dipupuk.